Sejarah Perkembangan dan Pengenalan Grafik
Apabila manusia mula mengenali tulisan dan percetakan,
komunikasi manusia tidak hanya tertumpu kepada lisan semata-mata. Tercetus
Revolusi Perindustrian. Pengunaaan mesin cetak lebih meluas digunakan.
Kerja-kerja grafik dan percetakan dibuat secara berasingan.
TIMELINE
1880, akhbar New York Daily Graphic banyak menggunakan
elemen-elemen grafik dalam teknologi baru iaitu dengan memasukkan fotografi. Kumpulan Bauhaus telah memperkenalkan bahasa seni melalui
asas-asas seni reka.
Sekitar 1920-an, pembangunan dalam rekaan grafik menyerlah
apabila muncul kumpulan De Stijl Group.
1890-1930, Kumpulan Avant Gorde telah memperkenalkan istilah
Art Nouveu.
Kini, komputer mengambil
alih tempat sebagai media untuk menghasilkan rekaan-rekaan grafik 2D dan
3D.
Seni grafik ialah seni komunikasi visual. Seni ini
menggunakan gambaran dekorasi, tipografi, ilustrasi dan fotografi. Dengan lain
perkataan seni grafik ialah seni komersial. Bidang-bidang seni grafik seperti
reka bentuk korporat, reka bentuk penerbitan, reka bentuk pembungkusan, reka
bentuk pengiklanan, reka bentuk multimedia dan laman web.
Jenis Reka Bentuk Grafik
• reka bentuk berasaskan imej
• reka bentuk berasaskan jenis
• reka bentuk imej dan jenis
• simbol, logo dan logotip
Prinsip Reka Bentuk Grafik
C - Contrast
A - Alingment
S - Simplicity
P - Proximity
E - Emphasis
Prinsip Reka Bentuk Grafik
R - Repetition
Proses Reka Bentuk Grafik
• taklimat
• reka bentuk
• karya seni
• pengeluaran
Pening? Senang cerita, grafik itu merupakan satu bentuk komunikasi visual~ 👀
Pereka Grafik
Seorang pereka grafik perlu mempunyai criteria berikut :
i. Berkemahiran dalam mencipta, merancang, mengembangkan dan membuat sesuatu
rekaan.
ii. Berpengetahuan tinggi dalam ilmu seni reka dan berdisiplin tertentu.
iii. Kemahiran melukis, mentafsir, memilih warna, huruf dan reka letak.
iv. Berkemahiran mengaplikasikan perisian grafik seperti Adobe Ilustrator,
Adobe Photoshop, Flash dan banyak lagi yang berkaitan dengan multimedia.
Pereka grafik bukan sahaja bekerja dengan lukisan, catan, foto, atau gambar yang dihasilkan oleh komputer, tetapi mereka juga mereka bentuk surat yang mempunyai pelbagai mukataip yang membentuk pelbagai tipografi yang terdapat dalam kredit filem dan iklan TV; dalam buku, majalah, dan menu; dan juga pada skrin komputer.Pereka membuat, memilih dan menyusun elemen-tipografi, imej, dan apa yang dipanggil "ruang putih" di sekeliling mereka-untuk menyampaikan mesej. Reka bentuk grafik adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Daripada perkara-perkara yang kecil seperti pembalut gula-gula getah hingga ke perkara-perkara yang besar seperti papan iklan,baju dan sebagainya. Reka bentuk grafik memberitahu, memujuk, menganjurkan, merangsang, mengesan, mengenalpasti, menarik perhatian dan memberi kesenangan. Reka bentuk grafik adalah proses kreatif yang menggabungkan seni dan teknologi untuk berkomunikasi tentang idea. Pereka bekerja dengan pelbagai alat komunikasi untuk menyampaikan mesej daripada pelanggan kepada khalayak tertentu. Alat utama adalah imej dan tipografi.
Comments
Post a Comment