Software Adobe Photoshop, Illustrator, dan Indesign.

Jika belajar grafik, mmg tak boleh lari daripada tiga benda di atas tu. Apa itu? Yang berwarna oren tu, Adobe Illustrator, warna biru tu plak Adobe photoshop, dan yang pink tu Adobe Indesign. Haaa dah kenal kann rupa atau simbol bagi tiga software yang seringkali digunakan dalam studio grafik. Now, mari kita mengenal dengan lebih lanjut.



Adobe Photoshop
Adobe Photoshop (Ps) adalah adobe paling popular diantara Adobe Ilustrator dan Adobe In design, akan tetapi Adobe (Ps) banyak disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Adobe Photoshop (Ps) ialah design yang terhasil dipanggil RASTER IMAGE. Senang ceritanya adalah kalau dibesar kecikkan saiznya dia akan pecah-pecah. Maknanya tidak tepat tidak focus pada tulisan atau gmbar yang ingin di besar kecikkan. Adobe Photoshop (Ps) kerap digunakan untuk menyunting atau menambah teks di dalam image, tetapi disyorkan agar membawa image yang sudah disunting ke dalam illustrator bagi tambahan teks. Teks mudah berubah bentuk kerana Photoshop dipengaruhi dengan pixel image. Sedangkan image didalam illustrator berasaskan vector. Sekiranya kerja perlu untuk dicetak lebih wajar digunakan illustrator. Tetapi, sekiranya teks yang hendak diletakkan itu terlalu banyak seperti lembaran sejarah atau buku, lebih sesuai digunakan InDesign. Software pengolah gambar berasaskan raster ini adalah Adobe Photoshop, Corel Photo Paint, Microsoft Office Picture Manager. Biasanya penggunaan gambar berasaskan raster / bitmap ini adalah untuk mengeditan gambar, pembuatan ilustrasi yang bersifat raster. Sebenarnya boleh juga untuk proses percetakkan namun dalam skala besar lebih baik menggunakan vektor. Kenapa? kerana apabila menggunakan raster perlu memerlukan penyimpanan data yang lebih besar dibandingkan dengan gambar berbasis vektor. Kelebihan dari gambar raster ini adalah warna yang natural sehingga sangat dianjurkan untuk pengeditan gambar. Untuk ukuran grafik jenis bitmap adalah dpi (dot per inch) yang mana banyaknya titik dalam unit inci.

Adobe Ilustrator
Adobe Ilustrator tidak banyak digunakan seperti Adobe Photoshop. Tetapi, mempunyai pelbagai kelebihan untuk penghasilan reka bentuk grafik. Sekiranya image atau gambar yang dihasilkan bakal diubah-ubah saiznya mengikut keperluan seperti logo, Ilustrator harus digunakan. Ilustrator juga sesuai bagi penghasilan lukisan yang berasaskan vector ilustrasi, kad bisnes dan kepala surat. Garisan yang dihasilkan didalam photoshop kerap kelihatan berkotak-kotak di sekitarnya.Hal ini adalah disebabkan Photoshop yang berasaskan pixel. Hal yang sama tidak berlaku didalam illustrator kerana ianya berasaskan vector. Satu formula matematik bagi menghasikan garisan atau image. Hasilnya jika kita mengubah saiz garisan atau image, pengiraan semula dilakukan bagi menghasilkan image yang tidak berkotak-kotak. Jadi image tetap akan kelihatan tajam dan jelas. Ilustrator tidak mempunyai alat yang sesuai untuk menyunting dan memotong gambar .Sekiranya memerlukan penyuntingan susun atur yang mempunyai pelbagai muka surat  maka perisian InDesign  lebih sesuai berbanding illustrator.

Adobe InDesign
Adobe InDesign tidak popular berbanding diantara ketiga-tiga perisian. InDesign mempunyai kemampuan yang lebih baik jika digunakan bagi mengendali projek-projek yang melibatkan pelbagai muka surat serta mempunyai banyak teks terutama projek tersebut memerlukan penggunaan Master Layout. Dalam InDesign tidak mempunyai kebolehan bagi menyunting gambar atau menghasilkan ilustrasi kerja ini perlu diserakkan kepada adobe photoshop dan adobe illustrator. Oleh itu gabungan bagi ketiga-tiga perisian ini diperlukan bagi menghasilkan kerja yang bagus dan baik. Setiap satunya mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.







Pembelajaran di dalam studio:-


kekeke, itulah Dr Wani yang merupakan pensyarah kami bagi kursus MSG3023 Studio Grafik Komputer~  😘





Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Perkembangan dan Pengenalan Grafik

Assignment 4